Suasana Restoran Kfc ketika ini agak riuh rendah, biasalah weekend.. customer memang ramai. Melayu, India, Cina dan pelbagai kaum, orang Negro dan orang Indonesia pun ramai yang datang makan di Restoran Kfc tempat aku kerja tu. Penat gila kot nak melayan karenah mereka semua, menyesal pulak aku kerja dibahagian CASHIER ni. Haish.. kalau boleh tukar.. time tu juga aku nak tukar dipartment C.A.C. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku meneruskan kerja aku ketika itu. Dalam fikiran aku sekarang ni, aku asyik fikir nak balik je.. sekejap-sekejap tengok jam di dinding Kfc tu, tak sampai lima minit tengok lagi.. dan tengok lagi. Mata ni macam dah taknak berhenti dah dari jeling jam kat dinding bersebelahan dengan kaunter cashier. "Adoi.. lambat lagi nak balik." Asyik merungut je aku ni.
Semasa aku nak ambil air milo yang di order oleh customer yang terletak agak jauh dari kaunter, boleh pulak Sidia buat perangai. Sidia berdiri ditepi mesin air milo tu sambil pandang aku, tak selesa aku dibuatnya. Terkejut beruk aku bila Sidia tiba-tiba minta couple, air yang berada ditangan aku hampir terlepas. "Sidia ni dah gila ke apa?" getus hati aku. Dah tak ada waktu lain ke nak mengayat? Dah lah aku nak cepat. Sempat lagi Sidia nak bergurau. Daripada aku layan karenah Sidia yang sewel tu, baik aku cepat beredar.
Customer makin berkurangan, suasana dah mula renggang. Dikaunter tak ada customer, kebanyakkannya dimeja makan sedang menikmati makanan Kfc diwaktu malam. Sidia masih tak berputus asa, Sidia cuba pulak minta nombor handphone aku. Mula-mula aku buat endah tak endah, tapi kali kedua Sidia minta.. kecian pula aku tengok. Aku pun taknak lah sombong sangat, so aku kasi juga lah akhirnya. Disebabkan sikap Sidia yang tak berputus asa tu buat aku mula tertarik dengan Sidia.
No comments:
Post a Comment