Pada suatu hari... "tak payah nak skema sangat ayat, macam karangan budak sekolah rendah". Perkenalan kami ringkas aje, masa tu umur aku baru 18 tahun. Aku berkerja di Kfc Kajang, berhadapan dengan shopping complex Metro Plaza. Itu lah pekerjaan pertama aku selepas habis sekolah sementara menunggu result SPM keluar. Aku ingat lagi macam mana aku cari alasan untuk mengayat mak aku supaya mendapat keizinan untuk bekerja, agar aku dapat keluar dari rumah dan lari dari kebosanan yang melampaui batas. Asyik terperuk je kat rumah, siapa je tak bosan..? boleh gila aku dibuatnya akibat melayan kebosanan duduk dirumah. Aku bagi alasan ayat power punya kat mak aku.. kononnya aku nak cari pengalaman berkerja dan niat aku sebenar memang nak tolong mak aku. Dapat gaji nanti aku nak bagi kat mak aku sikit,sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit beban mak aku bekerja siang malam mencari nafkah untuk keluarga.
Sudah hampir sebulan aku kerja di Kfc tu, aku tak perasan langsung yang Sidia pun bekerja disitu. Aku start jumpa Sidia masa Sidia masuk kerja, tapi aku pandang sekali imbas je.. tak terlintas langsung difikiran yang kami akan menjadi pasangan kekasih. Lebih besar kemungkinan yang kami akan bercinta, itu semua tak masuk langsung dalam kepala otak aku. Takdir yang menemukan kami.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Bermulalah episod perkenalan kami apabila Sidia mula menegur aku dulu. Aku seperti biasa, antara nak layan dengan taknak layan. Nak kata aku sombong, ada sikit sombong dengan orang lelaki. Tapi dengan perempuan aku taknak sombong. Aku memang pantang kalau jumpa perempuan sombong dengan kaum sejenis ni, macam good-good je. Nyampah mak nyah !! hehe..
No comments:
Post a Comment