IniLah KiSah CinTa PertaMa

     Suasana Restoran Kfc ketika ini agak riuh rendah, biasalah weekend.. customer memang ramai. Melayu, India, Cina dan pelbagai kaum, orang Negro dan orang Indonesia pun ramai yang datang makan di Restoran Kfc tempat aku kerja tu. Penat gila kot nak melayan karenah mereka semua, menyesal pulak aku kerja dibahagian CASHIER ni. Haish.. kalau boleh tukar.. time tu juga aku nak tukar dipartment C.A.C. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku meneruskan kerja aku ketika itu. Dalam fikiran aku sekarang ni, aku asyik fikir nak balik je.. sekejap-sekejap tengok jam di dinding Kfc tu, tak sampai lima minit tengok lagi.. dan tengok lagi. Mata ni macam dah taknak berhenti dah dari jeling jam kat dinding bersebelahan dengan kaunter cashier. "Adoi.. lambat lagi nak balik." Asyik merungut je aku ni.
     Semasa aku nak ambil air milo yang di order oleh customer yang terletak agak jauh dari kaunter, boleh pulak Sidia buat perangai. Sidia berdiri ditepi mesin air milo tu sambil pandang aku, tak selesa aku dibuatnya. Terkejut beruk aku bila Sidia tiba-tiba minta couple, air yang berada ditangan aku hampir terlepas. "Sidia ni dah gila ke apa?" getus hati aku. Dah tak ada waktu lain ke nak mengayat? Dah lah aku nak cepat. Sempat lagi Sidia nak bergurau. Daripada aku layan karenah Sidia yang sewel tu, baik aku cepat beredar.
     Customer makin berkurangan, suasana dah mula renggang. Dikaunter tak ada customer, kebanyakkannya dimeja makan sedang menikmati makanan Kfc diwaktu malam. Sidia masih tak berputus asa, Sidia cuba pulak minta nombor handphone aku. Mula-mula aku buat endah tak endah, tapi kali kedua Sidia minta.. kecian pula aku tengok. Aku pun taknak lah sombong sangat, so aku kasi juga lah akhirnya. Disebabkan sikap Sidia yang tak berputus asa tu buat aku mula tertarik dengan Sidia.

PeRmuLaan KisaH..

     Sesudah habis kerja, Akma (cousin) akan datang singgah tempat kerja aku.. kami selalu balik bersama. Kebetulan Akma kerja di Parkson (dalam Metro Plaza) tak jauh dari tempat kerja aku. Lagipun Akma tinggal serumah dengan aku, tidur sekatil dengan aku, dan umur pun sebaya dengan aku. Semua nak sama dengan aku! Kami agak rapatlah..
     Pada permulaannya, Sidia berkenan dengan Akma dan nak cuba adjust cousin aku tu. Tapi.. "Sorry to said lah bro.. lu tak dilayan!" hehe... mungkin Sidia tengok aku ni agak sombong sikit jika nak dibandingkan dengan Akma, peramah orangnya. Banyak jugaklah soalan Sidia tanya tentang Akma dekat aku, tapi aku macam biasa.. kadang-kadang loading je memanjang. kadang-kadang saja buat loading malas nak layan pertanyaan Sidia dan ada masa aku jawab pun ala kadar je.. tapi kebanyakkannya loya buruk je lebih. "Aku dah berpunya lah, si Eyka ni masih single." (ayat lebih kuranglah, dalam bahasa kelantan). kata-kata Akma yang masih aku tak boleh lupakan. Apakah motif Akma berkata begitu pada Sidia? Kenapa nama aku pulak disebut? Haishh.. Tu lah Eyka.. banyak termenung lagi. Kan dah jadi lembab. 
     Rupa-rupanya, Sidia cuba nak adjust aku. Sidia sengaja mengorat Akma depan aku sebab nak tengok reaksi aku. Mungkin Sidia takut nak ngorat aku sebab Sidia engatkan aku dah berpunya, lagipun aku kan agak sombong. Disebabkan itu lah Sidia fikir kemungkinan besar aku ni dah ada boyfriend. Perempuan comel macam aku ni mana boleh tak ada boyfriend. "Eh sempat prasan lagi aku ni.. hehee..."

aL - Kisah PercinTaan KaMi

     Pada suatu hari... "tak payah nak skema sangat ayat, macam karangan budak sekolah rendah". Perkenalan kami ringkas aje, masa tu umur aku baru 18 tahun. Aku berkerja di Kfc Kajang, berhadapan dengan shopping complex Metro Plaza. Itu lah pekerjaan pertama aku selepas habis sekolah sementara menunggu result SPM keluar. Aku ingat lagi macam mana aku cari alasan untuk mengayat mak aku supaya mendapat keizinan untuk bekerja, agar aku dapat keluar dari rumah dan lari dari kebosanan yang melampaui batas. Asyik terperuk je kat rumah, siapa je tak bosan..? boleh gila aku dibuatnya akibat melayan kebosanan duduk dirumah. Aku bagi alasan ayat power punya kat mak aku.. kononnya aku nak cari pengalaman berkerja dan niat aku sebenar memang nak tolong mak aku. Dapat gaji nanti aku nak bagi kat mak aku sikit,sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit beban mak aku bekerja siang malam mencari nafkah untuk keluarga.
     Sudah hampir sebulan aku kerja di Kfc tu, aku tak perasan langsung yang Sidia pun bekerja disitu. Aku start jumpa Sidia masa Sidia masuk kerja, tapi aku pandang sekali imbas je.. tak terlintas langsung difikiran yang kami akan menjadi pasangan kekasih. Lebih besar kemungkinan yang kami akan bercinta, itu semua tak masuk langsung dalam kepala otak aku. Takdir yang menemukan kami.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
     Bermulalah episod perkenalan kami apabila Sidia mula menegur aku dulu. Aku seperti biasa, antara nak layan dengan taknak layan. Nak kata aku sombong, ada sikit sombong dengan orang lelaki. Tapi dengan perempuan aku taknak sombong. Aku memang pantang kalau jumpa perempuan sombong dengan kaum sejenis ni, macam good-good je. Nyampah mak nyah !! hehe..


Assalamualaikum...

    Pada tarikh 04/10/2013 diari ini dicipta.. ini diari pertama aku. Jarum jam telah menunjukkan pada angka 12 tengah malam dan empat puluh dua minit (12.42am). Untunglah ada jam dinding dibilik aku, padahal aku tengok jam handphone je. Aku mana reti nak tengok jam dinding ni. hehe.. Disebabkan mata tak boleh nak lelap, aku mencari satu pekerjaan yang boleh membuat aku rasa mengantuk. Dengan menulis diari ini, ia boleh membuatkan mata yang segar menjadi layu kerana kepenatan mata membaca dan otak berfikir.
    Okey ! kembali pada topik sebenar aku menulis diari ini adalah bertujuan menceritakan kisah tentang percintaan aku dengan Sidia yang tercinta. Siapa Sidia yang tercinta tu? Alaa... korang mesti dah tahu. Tak perlu aku nak cerita lanjut pasal Sidia. Korang nak tahu tak macam mana perkenalan kami terjadi.. kalau nak tahu mari baca kisah selanjutnya..