Pada tarikh 04/10/2013 diari ini dicipta.. ini diari pertama aku. Jarum jam telah menunjukkan pada angka 12 tengah malam dan empat puluh dua minit (12.42am). Untunglah ada jam dinding dibilik aku, padahal aku tengok jam handphone je. Aku mana reti nak tengok jam dinding ni. hehe.. Disebabkan mata tak boleh nak lelap, aku mencari satu pekerjaan yang boleh membuat aku rasa mengantuk. Dengan menulis diari ini, ia boleh membuatkan mata yang segar menjadi layu kerana kepenatan mata membaca dan otak berfikir.
Okey ! kembali pada topik sebenar aku menulis diari ini adalah bertujuan menceritakan kisah tentang percintaan aku dengan Sidia yang tercinta. Siapa Sidia yang tercinta tu? Alaa... korang mesti dah tahu. Tak perlu aku nak cerita lanjut pasal Sidia. Korang nak tahu tak macam mana perkenalan kami terjadi.. kalau nak tahu mari baca kisah selanjutnya..
No comments:
Post a Comment